17 April 2022

DIBERIKAN KESEMPATAN MASUK RAUDHAH KALI KE-3 - ZULIN AZIZ SOLAT HAJAT UNTUK ADIK BELLA



"Aku direzekikan lagi masuk Rawdah kali ke-3. Alhamdulillah. Kalini khas buat Adik Bella. Solat sunat hajat dan doa semoga Allah tunjukkan kebenaran dan berikan keadilan buat adik Bella di dunia ini. Semoga Allah perkenankan doa2 kita semua."


Demikian tulis pelakon, penyanyi dan pengacara Zulin Aziz menerusi muat naik di laman Instagram miliknya dimana dia meluahkan rasa syukur diberikan kesempatan untuk masuk ke Raudhah buat kali ketiga dan menggunakan peluang tersebut untuk menunaikan solat hajat serta mendoakan kebenaran dan keadilan buat adik Bella.

Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai kes perbicaraan tentang pengabaian dan penganiayaan terhadap anak istimewa, adik Bella. Lebih menjadi bualan difahamkan hampir 10 orang peguam mewakili pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun untuk kes tersebut.

Terdahulu, Zulin dan suaminya, Farhan Norzaini telah berangkat untuk menunaikan ibadah umrah pada minggu lalu.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: