23 April 2022

"KASIH SAYANG SAHAJA... MACAM BAPA & ABANG SAYA, TERPULANG TANGGAPAN MASING-MASING" - NORA DANISH JAWAB KECAMAN BERPELUKAN



Pelakon Nora Danish sebelum ini kena kecam netizen yang kurang senang dengan aksinya memeluk pengarah Aziz M Osman dan Beego dalam satu rakaman video ketika berjumpa untuk penggambaran drama siri Puteri Reunion. Rata-rata netizen meminta pelakon itu menjaga batas sebagai seorang Islam dan wanita yang sudah berkahwin.


Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada Nedim Nazri itu tampil menjawab isu berkenaan ketika siding media virtual Puteri Reunion. Nora, 40, memberitahu aksi itu dilakukan spontan dan telah mengganggap hubungan mereka seperti keluarga dan tidak lebih dari itu.

"Bila peluk mereka yang ada cuma kasih sayang sahaja... Abang Aziz dah macam bapa saya dan Beego juga dah macam abang saya. Apa yang dilihat hanya hubungan kasih saya seperti keluarga.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya terpulang kepada tanggapan masing-masing jika orang yang tengok kami bernafsu maknanya itu lah yang difikirkan. Saya cuma nak kongsi dengan orang yang memahami kasih sayang atau keakraban kami sahaja," katanya.

Sering mendapat kecaman di media sosial, ibu kepada dua ahaya mata itu berkata, dia tidak mengambil pusing segala komen dari orang yang tidak dikenali terutama netizen.

"Saya tak layan kecaman semua ni terutama melalui apa sahaja yang saya kongsi di media sosial. Saya hanya mengambil kira nasihat daripada ibu dan suami saya sahaja. Kalau yang komen itu saya tak kenal saya tak hiraukannya," ujarnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: