24 April 2022

"KEBELAKANGAN INI BANYAK UJIAN..." - MAK WAN LATAH ENGGAN ULAS ISU LAPORAN POLIS



"Saya tidak tahu nak cakap apa. Kebalakangan ini banyak ujian. Nak buat macam mana? Allah nak berikan kepada saya. Saya cuba jadi kuat tapi kadang-kadang ada juga menangis sebab saya ni wanita biasa," itulah jawab pelakon veteran Mak Wan Latah ketika ditanya tentang laporan polis terhadapnya atas tuduhan kerana langgar kontrak, dalam satu sesi live di laman TikTok miliknya.


Sebelum ini, ketika Mak Wan terpalit isu diceraikan talak satu selepas tiga bulan berkahwin, tular laporan polis terhadapnya atas tuduhan kerana langgar kontrak. Dalam kenyataan tersebut, Mak Wan enggan mengulas lanjut dan menganggap ia sebagai ujian.

Untuk makluman, Mak Wan berkahwin dengan Husain Dolah pada 22 Januari 2022 di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Husain telah melefazkan cerai pada 21 April 2022 dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: