13 April 2022

KONFLIK ANTARA ZAKI & JAMAL ABDILLAH - YAMANI ENGGAN MASUK CAMPUR, TAPI SEDIA BANTU AYAH & ADIK BERDAMAI



"Berat rasanya untuk saya bercakap tentang perkara ini kerana saya berada pada satu pihak yang berbeza. Saya tidak berani nak masuk campur kerana tidak mahu keruhkan lagi keadaan.


"Saya kena hormat setiap pandangan mereka," itulah jawab penyanyi Yamani Abdillah yang mengambil langkah tidak masuk campur dalam perselisihan faham antara bapa, Datuk Jamal Abdillah dan adiknya, Zaki Yamani, krana enggan mengeruhkan lagi keadaan.

Yamani atau nama sebenarnya Osama Yamani Abdillah, 21, menghormati setiap pandangan yang dikeluarkan kedua-duanya dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Sebagai anak sulung, Yamani berharap isu sebegini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin dan dalam masa sama, dia juga terbuka untuk menghulurkan sebarang bentuk pertolongan jika ia boleh membawa sengketa tersebut ke titik perdamaian.

Klik untuk gambar besar



"Saya harap permasalahan ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Sebagai anak tidak salah jika Zaki sendiri yang pergi berjumpa ayah.

"Saya mahu melihat kami sekeluarga dapat hidup bahagia walau berlainan ibu. Jika diperlukan untuk selesaikan masalah ini, saya akan bantu," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Salah faham tercetus selepas Zaki meluahkan rasa rindu apabila sudah enam tahun tidak beraya dengan bapanya.



Jamal kemudian mendakwa dia dihalang bertemu anaknya itu selepas bercerai dengan ibu Zaki iaitu Fatimatuzahra Samad. Bagaimanapun, Zaki menafikan hal tersebut dan memohon bapanya agar tidak bercakap perkara yang tidak benar tentang ibunya.

Untuk makluman, Zaki adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra Samad. Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof.

Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan Februari lalu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: