13 April 2022

"TERIMA KASIH ALLAH ATAS SEMUA UJIAN" - TAUKE



Nama pelawak Tauke Jambu semalam hangat diperkatakan selepas dia dan empat lagi rakannya didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin Ahad lalu.


Bagaimanapun, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria bersama empat rakannya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan.

Sementara itu, menjengah di Insta Story Tauke, pelawak itu dilihat ada memuat naik status menganggap apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah: "Terima kasih Allah atas semua ujian"

Klik untuk gambar besar



Bukan itu sahaja, Tauke ada juga berkongsikan video perlawanan boxing berserta kapsyen namun tidak dapat dipastikan maksudnya: "Mula-mula kita kena teruk.. tapi lepas tu...."

Setakat ini, tiada kenyataan lanjut daripada Tauke berhubung dakwaan tersebut.

Untuk makluman, Tauke yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan pendapatannya terjejas dan ini adalah kesalahan pertamanya. Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,700 dengan seorang penjamin. Tarikh 9 Jun ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: