13 April 2022

TAMPIL DENGAN BANDANA KALI INI - NETIZEN PELIK AMEERA KHAN 'ON-OFF' DALAM BERHIJAB



"But why?? Semoga kekal istiqomah." - "Sikit lagi nak tutup penuh. Semoga mendapat hidayah." - "Kami semua doakan LMK akan berhijab sama macam kakak dia Neelofa. Doa guys, bulan Ramadan ni. Ramai doa, Allah makbul. Dapat pahala."


"Kadang confuse lah on offhijab ni. Be yourself please." - "Pesen apa pula ni baby. Moga baby ikut jejak langkah Neelofa." - "Hmm tak paham aku, confuse." - "Slow-slow bukak bukan slow-slow tutup," antara komen wargamaya mengenai penampilan terkini adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa yang juga merupakan influencer, Ameera Khan.

Baru-baru ini, Ameera menerusi laman sosial Instagram ada berkongsi foto dirinya mengenakan bandana sebagai pengganti hijab bagi menutup bahagian atas rambutnya. Perkongsian tersebut telah mencuri perhatian wargamaya yang tampil menegur Ameera yang selama ini berhijab itu mempamerkan rambutnya yang panjang mengurai.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, rata-rata wargamaya juga mendoakan agar Ameera istiqomah menutup aurat di bulan Ramadan ini, mengikut jejak langkah kakaknya. Tidak kurang juga ada yang turut menyatakan rasa keliru dengan imej 'on-off' berhijab gadis berusia 22 tahun itu memandangkan dia sendiri mengesahkan dirinya sudah memakai tudung sekitar Mac tahun lalu.

Difahamkan, foto yang dimuat naik Ameera atau lebih mesra disapa sebagai Little Miss Khan (LMK) adalah bagi mempromosikan sebuah jenama mewah terkenal antarabangsa.

Pada 26 Mac tahun lalu, Ameera tampil dengan imej berhijab penuh dan merasakan perubahannya itu lebih tenang dan sempurna.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: