13 April 2022

ISU LARI BAYAR HUTANG RM720,000, BERDEPAN BANKRAP - MAWAR KARIM TAMPIL JAWAB TUDUHAN, DAKWA JADI MANGSA SIRI FITNAH 'S'



"Wahai S, tak habis-habis lagi create cerita fitnah fasal saya. Last year SJR (sekatan jalan raya), cukup setahun fasal lari hutang, tiba-tiba mai (datang) bankrup pula dah. Nak bagi saya malu satu Malaysia, jangan one day terbalik pula ceritanya.


"Orang tahu siapa gerangan S ni," itulah tulis usahawan Mawar Karim menerusi Instastory yang tampil mempertahankan diri dengan mendakwa difitnah seorang individu yang digelar 'S', susulan dakwaan lari daripada membayar hutang berjumlah RM720,000.

Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim, 33, berkata, individu bernama 'S' itu mempunyai niat tertentu yang bertujuan mahu memalukannya. Dakwa Mawar, ini bukan kali pertama dia difitnah sedemikian.

Sebelum ini, ada laporan mengatakan bekas isteri pelakon Fizo Omar itu berdepan dengan tindakan pengisystiharan bankrap selepas didakwa ingkar perjanjian dan tidak membayar pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang sahabat.

Mawar didakwa meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

Klik untuk gambar besar



Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.

Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, Mawar gagal untuk melangsaikan hutangnya.

Justeru, satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada jawapan. Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu.

"Pihak mahkamah telah pun mengeluarkan penghakiman ingkar kehadiran kerana tiada sebarang respons yang diterima daripada pihak defendan (Mawar). Mawar dikehendaki membayar semula wang yang telah dipinjam dan kami juga akan teruskan dengan proses garnisan iaitu tuntutan pembayaran semula dari akaun bank miliknya.


"Jika jumlah masih tidak mencukupi, permohonan untuk pengisytiharaan bankrup boleh dilakukan atau jualan lelong harta milik Mawar," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Sementara itu, Zarith berkata anak guamnya tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak Mawar sehingga hari ini dan kali terakhir mereka berhubung adalah sekitar Oktober tahun lalu.

"Sebelum tindakan undang-undang diambil, anak guam cuba menghubungi Mawar beberapa kali namun tiada sebarang maklum balas. Dia boleh menjawab secara terus atau melalui lantikan peguam memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah," jelasnya.

Untuk makluman, pada Mei tahun lalu, Mawar dituduh mempunyai hubungan istimewa dengan pemimpin politik Pas. Gosip itu tular di aplikasi WhatsApp mendakwa usahawan itu berada dalam sebuah kenderaan bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali semasa melalui SJR Perasing, Kemaman, Terengganu. Bagaimanapun, Mawar menjelaskan perkara tersebut fitnah dan dia berada di Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: