13 April 2022

VIDEO AISAR KHALED YANG ASYIK TAYANG DUIT BERKEPUK DAPAT PERHATIAN LHDN



Sebelum ini, nama Aisar Khaled hangat diperkatakan di media sosial selepas personaliti media sosial dan juga pelakon itu kantoi tidak membeli rumah kondominum mewah yang terletak di tengah-tengah pusar bandar Kuala Lumpur dengan harga RM1 juta sebaliknya hanya menyewa sahaja.


Bukan itu sahaja, sejak kebelakangan ini, Aisar sering dilihat memuat naik konten memaparkan duit berkepuk-kepuk sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Terbaru, Aisar ada memuat naik video menunjukkan tips untuk menyimpan duit serta cara untuk menjadi jutawan. Menerusi video itu, Aisar menyimpan duit ratusan ringgu mengikut kategori yang disediakan olehnya untuk disimpan.

Klik untuk gambar besar



Namun, apa yang lebih menjadi perhatian netizen apabila akaun rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut meninggalkan komen pada video berkenaan seolah memberi gambaran siasatan bakal dilakukan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mempersoalkan mengenai isu rumah RM1 juta yang dibelinya pada usia 22 tahun yang sebelum ini mendapat perhatian.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: