13 April 2022

DIDAKWA MILIKI DADAH JENIS KETAMIN - TAUKE & EMPAT RAKAN MENGAKU TIDAK BERSALAH



Di Mahkamah Majistret di sini semalam, pelawak Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 46, dan empat rakannya telah didakwa atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin Ahad lalu.


Bagaimanapun, Tauke dan empat rakannya iaitu Muhamad Azman Johar, 28; Brandon Cheong Kai Szern, 25, serta dua wanita, Salimah Nasuha Gusti Hassan, 29 dan Lee Kim Yoon, 44, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah berbahaya jenis ketamin dengan berat bersih 0.37 gram, di sebuah tempat di 15-01 Menara Up Jalan Puchong di sini pukul 2.40 pagi pada 10 April lalu.

Pendakwaan adalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Klik untuk gambar besar



Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nom Phot Prackdit mencadangkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Namun, Tauke yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan pendapatannya terjejas selain merupakan kesalahan pertamanya. Manakala, empat tertuduh lain turut merayu jaminan rendah.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,700 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jun depan untuk sebutan semula kes.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: