29 April 2022

KONGSI MOMEN HAMIL - KANDUNGAN ELISYA SANDHA KINI BERUSIA 7 BULAN



Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Elisya Sandha yang sudah lapan bulan mendirikan rumah tangga itu telah berkongsi berita gembira dimana dirinya kini hamil tujuh bulan.


Elisya turut berkongsi saat manis ketika membuat kejutan tentang kehamilannya kepada suami, ibu dan ibu mentuanya, penerbit Sheila Rusly.

Melihat pada video tersebut, kelihatan dirinya, suami serta kesemua ahli keluarga menangis kegembiraan selepas mengetahui bakal menerima ahli keluarga baharu.

"Alhamdulillah... bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Video ini sangat bermakna, momen terindah dalam hidup. Kepada sesiapa yang membaca mohon luangkan masa berdoa untuk saya dan anak sulung saya. Saya juga mendoakan semua wanita mendapat pengalaman sama seperti ini," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Meninjau pada ruangan komen, peminat dan rakan artis tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah dan berdoa agar urusan kehamilan pelakon drama My Hantaran itu dipermudahkan.

"Kenapa saya juga nak menangis... Tahniah cantik." - "Semoga dipermudahkan urusan melahirkan nanti." - "Tahniah Elisya sayang. Semoga yang baik-baik untuk awak dan bayi," antara komen beberapa rakan artis.

Kakak kepada Elisya iaitu pelakon Fasha Sandha turut berkongsi video sama dengan ucapan tahniah buat adiknya.

Untuk makluman, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha, 22, mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy yang juga merupakan anak kepada pelakon Sheila Rusly pada 21 Ogos tahun lalu.














         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: