29 April 2022

VERSI BARU 'KELEPOK RAYA' TERIMA KOMEN POSITIF - ALIFF SYUKRI MAHU SAMAN RM1 JUTA, DAKWA KENYATAAN 'MEMONDAN' ITU SATU FITNAH



"Dia tak patut kata macam tu. Tak kisah kalau dia nak kutuk suara saya, sebab sebelum ini pun ramai juga artis yang mengata saya. Tapi saya okay dan tak kisah sebab tak membabitkan perkara sensitif. Namun, apabila dia menyentuh perkara lain dan petik nama, ia satu fitnah.


"Jadi, saya sudah serahkan perkara ini pada peguam. Saya nak saman dia RM1 juta. Biar pihak berwajib buat kerja," itulah kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 35, dimana dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu juga penyanyi yang memfitnah dirinya memondan dalam video muzik lagu 'Kelepok Raya'.

Aliff Syukri berkata, kenyataan dimuat naik individu itu di media sosial dianggap keterlaluan dan tidak wajar selain sengaja mahu memalukan dirinya pada umum.

"Saya pakai baju Melayu dalam video muzik itu. Saya bukan berpakaian wanita. Jadi, sangat tak wajar dia cakap macam tu. Saya jenis tak suka cari gaduh dengan orang. Saya pun tak pernah kenal dia siapa," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, meskipun muzik video lagu rayanya 'Kelepuk Raya' dikecam teruk oleh netizen sehingga Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memanggil bagi memberi keterangan selepas menerima banyak aduan,

Hasil tinjauan mendapati, baru 9 hari dilancarkan muzik video 'Kelepuk Raya' itu sudah mendapat sebanyak 1.6 juta tontonan dan lebih 14,000 komen.

Dalam pada itu, menerusi entri dimuat naik semalam, Aliff turut memaklumkan ada versi baru lagu rayanya itu iaitu 'Kelepuk Raya' muzik karaoke yang kini sudah mencecah 28,000 tontonan dan lebih 180 komen.

Melihat pada bahagian komen pula, ramai yang memberikan komen positif apabila memuji versi baru 'Kelepuk Raya' itu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: