17 April 2022

KONGSI TEASER LAGU RAYA BARU - ALIFF SYUKRI DIKECAM BURUKKAN IMEJ ISLAM, PENARI PAKAI 'SINGLET' DENGAN SONGKOK



Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menerusi laman Instagram ada memuat naik teaser lagu raya baharu nyanyiannya yang berjudul 'Kepelak Kelepuk Raya' dan bakal dilancarkan empat hari lagi di laman YouTube.


Teaser tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang tidak sabar untuk menonton muzik video lagu berkenaan dan ada juga yang diantara netizen yang berasa kurang selesa dengan tiga penari latar di dalam video terbabit.

Sementara itu, gelagat penari di sisi Aliff Syukri dikatakan terlalu over. Malah, ada yang berseloroh bertanyakan sama ada penari-penari tersebut okay atau tidak. Tidak kurang juga ada yang mengirik pakaian penari yang dikatakan tidak sesuai dengan lagu raya tersebut.

Klik untuk gambar besar



Menurut netizen, ketiga-tiga penari latar itu tidak melambangkan seperti imej umat Islam kerana berpakaian yang dianggap tidak senonoh dan menari berlebihan. Kata mereka, ianya kurang sesuai untuk dipertontonkan kepada umum, lagi-lagi ketika bulan Ramadan yang mulia ini.

Untuk makluman, tahun lalu juga Aliff Syukri menggunakan penari latar yang sama untuk menari di dalam muzik video lagu rayanya berjudul 'Lala Raya'.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: