17 April 2022

"TERIMA KASIH UNTUK PAHIT MANIS SELAMA INI" - SARAH HILDEBRAND UMUM BERSARA DARI DUNIA SENI



"Saya fikir sesuai untuk memaklumkan bahawa saya mahu bersara daripada dunia seni di Malaysia. Saya tidak akan terima tawaran sama ada sebagai pelakon televisyen (TV) atau pengacara.


"Saya sebenarnya masih dapat tawaran, cuma tidak beri maklum balas lagi. Pengumuman bersara ini, buatlah apa-apa pun bagi tular dan semua orang tahu," itulah maklum pelakon Sarah Hildebrand yang mengumumkan bersara daripada dunia lakonan, selepas sedekad bergelar anak seni.

Pelakon yang melonjak populariti menerusi drama 'Pujaan Hati Kanda' itu membuat pengumuman itu melalui video 'reels' di Instagram (IG), pagi tadi. Tambah Sarah atau nama penuhnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, dia menghargai semua kenangan sejak bergelar anak seni.

"Terima kasih untuk pahit manis selama ini. Saya akan hargai setiap momen dan pengalaman itu. Semua itu bantu saya jadi manusia dan artis yang lebih baik... Jumpa kalian semua di sisi yang lain," katanya.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, usaha media mendapatkan Sarah bagi mengulas lanjut mengenai persaraannya tidak berhasil. Melalui semakan di Instagram, Sarah kebelakangan ini aktif bersenam dan membina otot badan menggunakan khidmat jurulatih kecergasan.

Baru-baru ini, Sarah menarik perhatian netizen apabila memuat naik IG Story (IGs) memaparkan dirinya sedang marah-marah. Melalui video pendek itu, Sarah menjelaskan cukup benci melihat sesetengah umat Islam tiba-tiba alim dan berpusu-pusu membuat kebaikan sepanjang Ramadan.

Pada masa sama, Sarah berpesan kepada pengikut agar tidak menjadi warak ketika Ramadan sahaja. Dia juga berharap netizen berhenti mengamalkan tabiat suka ambil tahu hal orang.

Selain itu, status hubungan Sarah dan suami, Otto Gilen yang dinikahinya sejak November 2019 masih menimbulkan tanda tanya. Mereka dilihat tidak lagi mengikuti IG masing-masing dan memadamkan foto bersama. Pada Oktober 2020, Sarah mengumumkan dirinya tidak lagi bertudung.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: