17 April 2022

UCAPAN BIRTHDAY SHAKILLA UNTUK FIZI BUAT RAMAI SEBAK: "SEMOGA ALLAH KURNIAKAN SESEORANG YANG MAMPU JAGA & BAHAGIAKAN DADDY..."



Bersempena ulang tahun kelahiran pengacara dan penyampai radio Fizi Ali yang ke-33 tahun pada tanggal 15 April yang lalu, pelakon Shakilla Khoriri menerusi laman Instagram telah menitipkan ucapan penuh makna bagi mewakili dirinya dan juga anaknya.


Menurut Shakilla, dia amat berterima kasih kepada Fizi kerana telah menjadi bapa yang terbaik buat anak mereka, Ameena Sofia selama ini. Pada masa sama, Shakilla turut mendoakan semoga bekas suaminya itu sentiasa diberikan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang di dalam hidupnya.

"Terima Kasih kerana jadi Daddy Ameena Sofia yang terbaik. Yang sayangkan Ameena tanpa ada batasan dan halangan (Insyallah). Walau jauh dan tak hari-hari bersama Ameena tapi insyallah Daddy sentiasa ada tempat dalam hati Ameena.

"Doa Ameena akan sentiasa yang baik-baik untuk daddy dia. I tahu. Semoga segala perancangan Daddy dipermudahkan dan dilancarkan. Diberi kesihatan yang baik untuk terus kuat bekerja cari rezeki.

Klik untuk gambar besar



"Tahun ni mungkin sukar buat Daddy tapi insyallah mungkin tahun ni juga tahun yang terbaik buat daddy berbanding dengan tahun-tahun yang sebelum ni. Mungkin juga tahun yang special untuk daddy dengan orang-orang yang special.

"Semoga Allah kurniakan kebahagian yang terbaik untuk Daddy tahun ni dan selamanya. Semoga Allah pinjamkan sedikit kekuatan untuk terus bangun dan bina cerita baru untuk hidup daddy.

"Semoga Allah kurniakan seseorang yang mampu jaga dan membahagiakan daddy sampai hujung nyawa daddy. Semoga Allah campak sedikit hidayah buat daddy untuk terus jadi Daddy, Anak,Lelaki dan insyallah manusia yang lebih baik," tulisnya.



Katanya lagi, meskipun dia dan Ameena bukan lagi menjadi individu terawal yang menitipkan ucapan hari lahir, namun dia menyifatkan Fizi akan sentiasa menjadi memori terindah di dalam hidup mereka dan akan dikenang sampai bila-bila.

"Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan rezeki yang tak disangka-sangka pada daddy supaya daddy dapat berkongsi rezeki dengan orang lain. Semoga yang baik-baik je untuk daddy. Walau bukan lagi jadi orang yang pertama tapi akan sentiasa ada NOTA kaki dalam Instagram ni yang akan jadi memori untuk masa tua dan untuk tatapan Our Ameena bila dia dah besar nanti.

"Daddy, lelaki dan Ayah yang terbaik. Pasti Allah akan jaga dan temukan Daddy yang baik-baik juga. Insyallah. Dont be sad but Enjoy your day with your loved one," akhirinya.

Untuk makluman, Shakilla dan Fizi telah mendirikan rumah tangga mereka pada 18 Februari 2018, sebelum mengambil keputusan untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing pada Disember tahun lalu. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata mereka bernama Ameena Sofia yang lahir pada 14 Mac 2019.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: