24 April 2022

MULA DEKATKAN DIRI DENGAN DALAMI ILMU AGAMA - ASFAN AKUI LEBIH TENANG



"Semua orang buat silap dan saya akui tidak terlepas daripada melakukan perkara yang sama. Bukan saja kepada keluarga tetapi rakan-rakan dan mereka yang berada di sekeliling. Disebabkan perkara itulah yang membuatkan saya mendalami ilmu agama untuk mencari diri sendiri dan mengenal agama Islam itu sendiri.


"Ada juga yang bertanya mengenai trend mengikut kelas agama dan sebagainya, pada saya jika ini trend yang baik dan bagus kenapa tidak teruskan saja? Saya masih Asfan yang sama, gelak ketawa apabila berkumpul dan berkarya. Malah, saya juga tidaklah menyertai jemaah untuk menghakimi orang yang berada di sekeliling," kata penyanyi dan komposer, Asfan.

Asfan yang pernah terpalit dengan kontroversi membabitkan rumah tangganya suatu ketika dahulu itu akui lebih tenang apabila mula mendekatkan diri dengan mendalami ilmu agama.

Klik untuk gambar besar



Jelas Asfan, 38, dia berusaha memperbaiki diri dan bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk atau menghakimi orang lain. Dalam pada itu, Asfan menyifatkan Ramadan kali ini amat bermakna buat dirinya.

"Selama 38 tahun hidup, kalau dulu bulan puasa selalunya akan sibuk berniaga. Memang tak ada masa, nak solat tarawih lagilah ke laut. Kalau solat fardu nak dapat solat pada tepat waktunya pun susah. Jadi Ramadan kali ini saya banyak habiskan masa di majlis ilmu.

"Di mana tempat ada majlis untuk tarawih saya akan cuba duduk dan tunggu waktu (tarawih) itu, bukan waktu itu yang tunggu kita.Saya cuba terapkan nilai sebegitu dan sepanjang bulan Ramadan ini saya sangat bersyukur kerana dapat mengusahakannya," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: