05 April 2022

"PERASAAN SAYU TAPI KITA REDA..." - AMEN KHALID ANGGAP ARWAH PAPA MASIH ADA, SAYU RAMADAN PERTAMA TANPANYA



Anak keempat pengarah terkenal Allahyarham Mamat Khalid iaitu Amen Khalid mengakui sebak dan sayu mengenangkan ketiadaan papa di sisi ketika sambutan Ramadan tahun ini.


"Perasaan sayu tapi kita reda sebab papa dah bersama dengan Tuhan. Jadi kita anggap macam papa tu ada... macam dia pergi shooting. Memang teringat kat papa untuk Ramadan kali ni sebab kita banyak buat aktiviti bersama dan teringat juadah ayam percik kesukaan papa," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai legasi yang ditinggalkan oleh arwah bapa, Amen atau nama penuhnya Mohd Khalid Amen Mohamad, 27, berkata dia berdepan pelbagai cabaran bagi meneruskannya walaupun dalam keadaan bersedia atau tidak.

Klik untuk gambar besar



"Bersedia atau tidak saya dah terjun dalam dunia industri... Cabaran dia banyak kalau saya nak cerita tapi salah satunya adalah bagaimana nak mengendalikan produksi untuk mengikuti kehendak kita.

"Kalau macam sebelum saya ada orang yang saya boleh rujuk untuk bertanya iaitu Papa dan sekarang ni saya perlu rujuk diri sendiri. Alhamdulillah banyak cast dan pengarah membantu saya," katanya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: