21 April 2022

SELEPAS 3 BULAN KAHWIN - MAK WAN LATAH DICERAIKAN DENGAN TALAK SATU



Nampaknya rumag tangga yang dibina hanya mampu bertahan selama tiga bulan apabila pelakon veteran Mak Wan Latah kini sudah berpisah dengan suaminya, Husain Dolah selepas diceraikan dengan talak satu.


Menerusi laporan mStar, lafaz cerai dilakukan bekas suaminya berusia 74 tahun itu di kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pagi tadi.

Husain yang tinggal di Kuala Pilah selaku plaintif hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna biru ditemani anak, menantu dan peguamnya, Husna Hamdan.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa'diah Mohd Daud, 61, tidak hadir ke mahkamah atas alasan tertentu. Menurut peguam Husian iaitu Husna Hamdan berkata, pihaknya memfailkan permohonan perceraian tersebut pada 24 Mac lalu.

"Kes perceraian di antara Husain Dolah (plaintif) dan Mak Wan (defendan) adalah sebutan pertama. Pihak kami telah memfailkannya kes penceraian ni pada 24 Mac dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April. Namun Mak Wan tak dapat hadir pada hari ini dan dia kena maklumkan kepada mahkamah dengan alasan yang munasabah," katanya.

Untuk makluman, Mak Wan dan Husian berkahwin pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Mak Wan selepas tujuh tahun hidup bersendirian.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: