30 April 2022

SELEPAS ALIFF SYUKRI - VIDA PULA KENA KECAM 'MUAH MUAH RAYA' ADA UNSUR 'DRAG QUEEN'



Semua sedia mengenai isu usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dimana dia telah mencetuskan kontroversi apabila muncul dengan muzik video raya berjudul 'Kelepok Raya' yang menampilkan lelaki lembut. MV itu juga mencetuskan kontroversi sehingga Aliff dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung perkara itu.


Terkini, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida pula menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengecam lagu raya terbaharunya yang berjudul 'Muah Muah Raya' dimana ia didakwa tidak menghormati hari raya kerana menampilkan beberapa orang 'drag queen' sebagai penari.

Netizen juga mempersoalkan pemilihan konsep 'drag queen' dan juga pengertian raya sebenar bagi Vida. Malah netizen juga turut meluahkan kekecewaan kerana dengan adanya muzik video sebegini telah mencermarkan dan membawa tanggapan yang salah tentang maksud hari raya atau hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga mendakwa sikap Vida sangat tidak matang dan tidak bersesuaian dengan umurnya yang sudah lanjut. Bukan itu sahaja, malah ada juga netizen yang tertanya-tanya adakah Vida juga akan dipanggil SKMM?

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: