01 April 2022

SERING DAPAT GANGGUAN SEKSUAL LISAN - FIKRY IBRAHIM AKUI SANGAT TERKESAN, MAMPU CETUSKAN GANGGUAN EMOSI



"Antara pengalaman saya adalah sewaktu menukar baju di lokasi penggambaran. Ada wanita masuk dalam tempat tukar baju dan mengatakan sesuatu mengenai fizikal saya. Pernah juga saya ditegur mengenai hal maskulin sewaktu sedang berjalan-jalan. Saya berfikir, cuba kalau saya cakap apa yang dikatakan mereka itu juga?


"Kebiasaannya memuji bahagian tubuh wanita pun boleh bertukar jadi gangguan seksual. Tapi berbeza dengan lelaki pula, ia seakan hal biasa dan normal," kata pelakon Fikry Ibrahim, 28, yang mendedahkan dia pernah mengalami gangguan seksual dan sangat terkesan dengan pengalaman itu meskipun ia berbentuk lisan.

Fikry berkata, perkara itu terjadi beberapa kali dan sedar bahawa golongan lelaki juga sebenarnya tidak pernah terlepas menerima gangguan sebegitu sebagaimana wanita. Menurut Fikry, apa yang terjadi sebenarnya salah kerana berpendapat ia mampu mencetuskan gangguan emosi kepada golongan lelaki.

Klik untuk gambar besar



"Kalau ikutkan, saya sendiri tidak mahu sangat memikirkannya bukan kerana tidak sensitif. Tapi, gangguan sebegitu tanpa sedar mampu mengaibkan dan jatuhkan maruah seseorang," ujarnya.

Dalam masa sama, Fikry berpendapat adalah tidak wajar untuk membudayakan perkara sedemikian: "Meskipun ia berbentuk lisan, nampak normal, dan dianggap hal remeh-temeh, kita tidak sepatutnya menormalkan budaya sebegitu. Kelak dari lisan, ia juga mampu mencetus kepada perlakuan pula," tuturnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: