26 April 2022

SKMM PANGGIL INDIVIDU TERLIBAT - ALIFF SYUKRI BERSUARA: "SELAGI TAK BUAT BENDA DI LUAR TABII, SAYA RASA TAK ADA MASALAH"



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak memanggil individu terbabit dalam video muzik (MV) lagu 'Kelepok Raya' nyanyian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, susulan kontroversi klip video berkenaan.


Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya pada pagi Selasa.

"SKMM telah teliti di peringkat awalan, dan ada sebab untuk siasatan dilaksanakan, dan dengan itu satu kertas siasatan dibuka untuk siasat perkara ini bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Klip video raya berkenaan yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontonan masyarakat.

Klik untuk gambar besar



MV tersebut menerima kritikan ramai kerana dikatakan bertentangan dengan budaya Melayu dan orang Islam, lebih-lebih lagi ia ditayangkan ketika di bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Annuar turut mengesahkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerima terlalu banyak aduan termasuk daripada Jabatan Perdana Menteri khususnya Hal Ehwal Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung klip video itu.

Sementara itu, Aliff Syukri tampil menjawab persoalan ramai yang sebelum ini mendakwa dia tidak lagi mahu mencipta sensasi di media sosial. Bagaimanapun, pelancaran muzik video raya terbarunya, 'Kelepok Raya' yang dilancarkan baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi. Menjelaskan mengenai isu 'cakap tak serupa bikin', Aliff mendedahkan ia bergantung pada pemahaman orang yang menonton, selain bersifat universal.

"Bagi saya, selagi tak buat benda yang di luar tabii, saya rasa tak ada masalah. Dalam hal tarian misalnya kalau kalian tengok, kecaman lebih kepada kenapa macam belut, kenapa macam ada bulu ketiak.



"Jadi bagi saya benda ni universal. Kalau kalian tengok video klip orang lain, bukan nak mengungkit... rasanya ada yang lebih teruk. Tapi tak dijadikan bahan mulut.

"Saya memang nak jadi baik. Jujur saya tak nak ada sebarang publisiti yang tak bagus. Cuma bagi saya orang Malaysia ni suka tengok benda yang 'eksotik'," katanya.

Ditanya mengenai tajuk lagu berkenaan, bapa kepada lima cahaya mata itu menjelaskan dia mahukan sesuatu yang ringkas dan mudah diingati.

"Banyak talent yang keluarkan lagu dan saya perlukan satu tajuk yang orang akan ingat. Saya tak boleh letak 'Kelepak Kelepok Raya', saya ambil hujungnya saja, 'Kelepok Raya.' Bermaksud, macam kita 'tepok orang'. Dalam lagu pun saya dan isteri menyanyi 'fighting-fighting'. Tapi sesetengah orang salah tafsir," katanya lagi.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: