28 April 2022

TAK MAHU JADI IBU BAPA PARANOID - IKMAL AMRY TAWAKAL ORANG PEGANG, CIUM ANAKNYA



"Kalau tanya kami berdua, kami okay je kalau raya nanti ada orang yang nak dukung atau cium anak kami. Kami tawakal je sebab tak nak beria nak halang orang, beria sangat nanti, sakit tetap sakit jugak.


"Benda ni kami belajar masa pergi London baru-baru ni. Orang di sana dah tak pakai pelitup muka, tiada penjarakan sosial, tiada SOP, orang pegang-pegang baby, bila kami check test masa nak balik, negatif.

"Kita nak lalui kehidupan seharian, dengan raya lagi, kalau boleh nak enjoy dengan baby, benda tu akan buat kita rasa terkongkong tau," ujar pelakon Ikmal Amry yang mendedahkan dia tidak kisah jika ada orang yang mahu mendekati dan mendukung anak perempuannya, Cailie, 4 bulan, terutamanya menjelang lebaran nanti.

Klik untuk gambar besar



Menurut Ikmal dan isteri, Najla Shamsul, 23, mereka tidak mahu menjadi ibu bapa yang terlalu paranoid membawa bayi dalam musim pandemik ini. Kata Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, sebolehnya dia sehabis baik mahu memberikan kehidupan yang normal untuk anak perempuannya.

Dalam pada itu, Ikmal yang berkahwin dengan Najla pada 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu juga mahu mengelak daripada menjadi ibu bapa yang terlalu memikirkan isu pegang-memegang bayi ini.

"Jadi bukanlah kita tak nak terlalu menjaga sangat ke apa, kita jaga. Tapi jangan terlalu overthinking, itu yang buatkan kita stress. Cuma apa yang kami amalkan, bila balik dari keluar mana-mana ke, kami akan terus mandi, sabun, bersihkan baby. Pasal kebersihan diri dan baby kami jaga," tuturnya.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: