17 April 2022

"TIBA-TIBA NAMA NAIK LAGI... SAYA RASA BERSYUKUR!" - YASSIN SENARIO TAK AMBIL HATI TERKENA TEMPIAS YASIN SULAIMAN GARA-GARA NAMA SAMA



Ahli kumpulan Senario iaitu Yassin mendedahkan dia turut terkena tempias kes melibatkan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang didakwa atas pertuduhan mengedar dadah pada Mac lalu, gara-gara memiliki nama sama.


Ketika kes itu menjadi perbualan hangat netizen, Yassin atau nama sebenar Yassin Yahya, 43, mendedahkan dia turut menerima kecaman di media sosial kerana ada yang menyangka dirinya adalah individu yang ditahan itu. Dia bagaimanapun tidak melatah sebaliknya bersyukur kerana nama kembali menjadi sebutan ramai.

"Saya rasa bersyukur kerana nama saya naik semula. Bila orang tanya, saya kata Yasin dah betul tapi itu bukan saya... saya 'brader Yasin', sana 'Yasin brader'.

"Nama saya baru sahaja naik selepas Gegar Vaganza dan tiba-tiba nama Yasin naik lagi... saya rasa bersyukur! Mula-mula ada orang kecam sebab mereka ingat itu saya.

Klik untuk gambar besar



"Tapi saya tak kisah dan tak ambil hati pun. Lagipun benda ini saya dah pernah lalui. Saya ambil dari sudut positif. Saya bersyukur Allah bagi nama saya disebut-sebut," katanya kepada mStar.

Untuk makluman, Yassin pernah ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2019 dan dia juga disahkan positif ganja ketika itu.

Dalam pada itu, ahli kumpulan Sa.Ya ini menganggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku kepada Yasin yang juga merupakan rakan sepejuangannya.


"Bagi saya, apa yang berlaku mungkin sebab Allah nak jentik hati dia supaya bertenang dan berehat sebab kuat bekerja. Macam saya dulu pernah rasai benda yang sama, jadi saya tahu la.

"Orang nampak macam musibah... tapi bagi saya sendiri, saya mencari hikmah disebalik musibah itu. Saya ambil perkara positif apa yang Allah nak berikan.

"Saya dah lalui, dahulu saya mengharapkan kepada makhluk, siapa nak tolong saya tapi sampai satu tahap, tak boleh berharap kepada makhluk, saya berharap kepada yang di atas (Allah)," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: