16 April 2022

"DIA BOLEH JALAN TAPI TAK SEKUAT DULU, KENA BONGKOKKAN BADAN" - RAJA SYAHIRAN TOLAK TEPI PERSIAPAN RAYA, FOKUS KESEMBUHAN UYAINA



"Sekarang ini Uyaina sedang berehat di rumah. Doktor pun dah sarankan untuk dia tidak bekerja dan melakukan kerja-kerja berat sepanjang dua minggu ini. Dia perlu betul-betul berehat. Dia masih lagi berasa sakit sampai sekarang. Semalam pun, pertama kali balik ke rumah, dia masih lagi tak boleh tidur. Kami tengah cuba untuk biasakan dengan keadaan ini.


"Dia juga hilang selera makan tapi nak tak nak, dia kena paksa makan juga untuk bayi dalam kandungan. Dia nak bangun pun susah. Dia boleh jalan tapi tak sekuat dulu. Jalan pun kena bongkokkan badan," demikian jelas suami kepada pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad iaitu Raja Syahiran yang memaklumkan isterinya kini harus menjalani proses berehat yang secukupnya untuk memastikan tahap kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala.

Menurut Syahiran yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon, meskipun Uyaina sudah dibenarkan pulang ke rumah, namun rasa sakit yang dialaminya itu masih lagi belum berkurangan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Hingga Akhir Waktu' ini turut mengakui dirinya berasa amat sedih bila melihat keadaan isterinya yang terpaksa menanggung rasa sakit.

"Entahlah, saya sendiri tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan saya sekarang. Saya harap sangat kalau sakit tu boleh pindah ke saya. Saya sedih sebab saya tak boleh nak buat apa-apa untuk bantu. Kalau dia mengadu rasa sakit, saya hanya boleh panggil jururawat. Jururawat pula hanya boleh tengok sahaja.

"Painkiller pula ada yang berkesan dan ada yang tidak. Bila dah balik ni pula, dia tak boleh ambil painkiller yang sembarangan. Ada painkiller yang hanya boleh digunakan ketika di hospital sahaja sebab ia dalam bentuk 'drip'. Dia rasa sakit tu sampai menangis. Sampai rayu mintak tolong dekat saya. Itu yang buatkan saya sedih," kongsinya lagi.



Pada masa sama, Syahiran memberitahu, dia kini sudah tidak memikirkan lagi mengenai persiapan menjelang hari raya kerana keutamaannya pada ketika ini adalah untuk memastikan keadaan isteri dan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

"Kita tak minta sakit ni. Kalau nak kata sedih memang sedih. Tapi fokusnya sekarang adalah untuk pastikan Uyaina sihat. Betullah kata orang, kalau kita sakit ni, segala perkara lain memang kita tak fikir dan ambil peduli lagi dah. Soal kesihatan kita letakkan sebagai keutamaan," ujarnya lagi.

Selesa lalu, Uyaina yang bernikah dengan Syahiran pada tanggal 21 Disember 2021 itu memaklumkan dirinya telah selesai menjalani pembedahan appediks. Namun keesokkan harinya pula, pengacara program, Wanita Hari Ini itu disahkan pula mengalami keradangan di bahagian rahimnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: