16 April 2022

"KALAU BETUL SAYA JOIN ILUMINATI ITU, SUDAH TENTU SAYA DAH KAYA, TAK PERLU LAGI KERJA" - FIEYA JULIA



"Saya terkejut apabila baca komen tersebut sebab tak sangka netizen boleh berfikir sampai begitu sekali. Sejujurnya masa saya shooting MV itu pun saya tak perasan bentuk batu itu segi tiga. Bila orang komen, saya tengok balik barulah perasan rupa-rupanya batu itu bentuk tiga segi dan kebetulan pula ada babak mata saya kelihatan di tengah-tengah.


"Memang babak itu dibuat tanpa sengaja dan saya tegaskan ia tiada kena mengena dengan Illuminati. Saya sendiri tak pernah terfikir pun fasal Illuminati itu," kata penyanyi Fieya Julia yang menjawab tuduhan mengamalkan unsur Illuminati, gara-gara terdapat babak memperlihatkan bentuk tiga segi dan mata satu dalam muzik video (MV) 'Mahligaimu Dari Airmataku' nyanyian asal kumpulan Lestari yang dinyanyikan semula olehnya dan Luqman Faiz

Fieya menerusi laman Instastory miliknya pada Jumaat telah memuat naik paparan skrin komen netizen yang menuduhnya menyertai pertubuhan Illuminati dengan menjual jiwa kepada syaitan.

Netizen meninggalkan komen tersebut di MV lagu 'Mahligaimu Dari Airmataku' yang kini menjadi trending nombor enam di saluran YouTube dan mendapat lebih 230,000 tontonan selepas dimuat naik pada 7 April lalu.

Klik untuk gambar besar



Terkejut dengan tuduhan tersebut, Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafiyah Sejali mengakui dia tidak menyedari bentuk tiga segi tersebut terdapat dalam MV. Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun ini berkata dia menganggap netizen yang meninggalkan komen mengaitkan unsur Illuminati terlalu kreatif sehingga mampu berfikiran sebegitu.

Menurut penyanyi lagu 'Perasaanku', dia tidak perlu lagi bekerja sekiranya sudah menyertai Illuminati yang merupakan pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order.

"Saya tak marah tapi lebih kepada rasa kelakar pula bila ada beberapa netizen komen kaitkan iluminati. Bagi saya, tak semestinya bentuk tiga segi itu lambang Illuminati. Segi tiga itu juga melambangkan semangat... jadi, pelik juga netizen sampai fikir ke situ. Kadang-kadang netizen ini terlalu kreatif. Kalau betul saya join Illuminati itu, sudah tentu sekarang ini saya dah kaya, tak perlu lagi saya kerja. Buat apa saya kerja kalau dah kaya kan," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: