16 April 2022

BILA NETIZEN DAKWA SAJAT TERIMA PAS PELARIAN, BUKAN 'PASSPORT' DI AUSTRALIA: "JANGANLAH NAK PERBODOHKAN ORANG"



Sebelum ini usahawan kontroversi, Sajat menerusi laman Instagram miliknya mengesahkan yang bapanya kini sedang sakit tenat. Dalam masa sama, Sajat turut berkata dia tidak boleh kembali ke Malaysia untuk melawat orang tuanya, sungguhpun mengakui yang dia kini sudah menerima 'pasport' di Australia.


Apa yang mampu dilakukan adalah mengirimkan wang dan berhubung serta bertanya khabar menerusi panggilan video. Selain itu, Sajat juga mengakui tidak sabar untuk kembali terbang bagi menguruskan bisnesnya yang sedang mekar di bumi kangaru itu.

Namun, keterujaan Sajat menarik perhatian netizen apabila ada yang mendakwa, dokumen yang diterima Sajat hanyalah sekadar pas pelarian, bukan pasport.

"Boleh tengok di Google pasport awak tu ada palang-palang di tepi passport, itu hanyalah pas documents perjalanan untuk Status Refugee. Kalau passport citizens lain Jat, jangan lah nak perbodoh kan orang," tulis seorang netizen.

Klik untuk gambar besar



Begitupun, ada seorang netizen mengesahkan yang Sajat memang seorang pelarian dan sama seperti Malaysia, pelarian di Australia juga dilayan dengan layanan yang sama.

"Memang dia refugee pun. Sama juga macam orang orang luar yang dibantu Malaysia. Siap ada IC merah. Takda isu apa pun pasal kerakyatan ni," tuturnya.

Terdahulu, Sajat kini menetap di Australia sejak tahun lalu setelah didakwa mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Malaysia setelah menjadi buruan pihak berkuasa.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: