16 April 2022

"JANGAN BUAT LAGI..." - 6 TAHUN BLOCK TWITTER, YUNA AKHIRNYA MAAFKAN INDIVIDU TANYA ISU TAKUT LIPAS



"Sampai aku dah kahwin, Yuna masih block aku. Entah-entah sampai aku tua. Tolong perasan saya Yuna. Saya minta maaf, masa itu saya masih budak-budak yang nakal dan tak pandai fikir dengan baik. Sekarang saya dah insaf, kalau ada konsert Yuna, saya datang bawa isteri saya," itulah tulis seorang lelaki dikenali sebagai Akeem Sharyzal menerusi Twitter.


Pada tahun 2016, penyanyi antarabangsa iaitu Yuna telah menyekat akaun seorang pengguna Twitter yang bertanyakan soalan sama ada dia takutkan lipas atau tidak. Bagaimanapun jawapan balas yang diberikan lelaki itu mengundang rasa kurang senang Yuna.

"Yuna takut lipas tak?," tanya Akeem.

"Takut," jawab Yuna.

"Saya tak takut sebab saya lagi takut Allah," balas Akeem lagi.

Gara-gara gurauan itu, Yuna bertindak menyekat akaun berkenaan selama enam tahun. Menyedari kesilapan yang dilakukan, Akeem tampil memohon maaf kepada Yuna kerana bersikap tidak matang ketika bertanyakan soalan.

Klik untuk gambar besar



Nampaknya usaha lelaki tersebut dilihat Yuna apabila penyanyi lagu 'Crush' itu sudah memaafkan tindakannya yang dilakukan sebelum ini dan membuka semula Twitter pada Jumaat.

Akeem meluahkan rasa gembira apabila akhirnya penyanyi itu memaafkannya atas keterlanjurannya yang bergurau kasar. Akeem berkata Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai menyekat akaunnya itu sejak tahun 2016 kerana soalan serta jenaka yang ditujukan kepada penyanyi itu menerusi laman berkenaan.

Dalam pada itu, Yuna turut meninggalkan pesanan kepada Akeem supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama selain mengucapkan tahniah atas perkahwinannya.

"Jangan buat lagi! Tahniah atas perkahwinan anda," tulis Yuna.

Perkongsian individu tersebut menerima lebih 8,000 retweets dan 25,000 tanda suka.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: