27 April 2022

"TIDAKLAH ORANG ASYIK PANDANG BADAN SAHAJA" - BERTUDUNG SETIAP KALI RAMADAN, HANEESYA HANEE MOHON DOA



"Setiap kali bulan Ramadan saya akan bertudung bagi menghormati bulan yang mulia ini. Saya rasa lebih tenang dan selesa apabila dapat menutup dengan sempurna kerana tidaklah orang asyik pandang badan sahaja. Sebagai seorang wanita Islam semestinya semua ada niat untuk pakai tudung suatu hari nanti.


"Saya mohon peminat untuk doakan agar saya segara terbuka hati ke arah itu," kata pelakon Haneesya Hanee yang mengakui dirinya berasa lebih selesa serta tenang dengan imej bertudung dan menutup aurat sepanjang bulan Ramadan.

Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 21, berkata, tidak banyak mata yang tertumpu ke arah bentuk badannnya seperti selalu. Dalam masa sama, dia juga mengharapkan doa-doa peminat agar hatinya segara terbuka untuk terus kekal dengan imej sebegitu.

Bagaimanapun, Haneesya berkata, dia bersedia dikecam apabila kembali kepada imej tanpa hijab. Menurut Haneesya, dia sudah biasa dengan kecaman dan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangannya pasti faham tentang perubahan tersebut.

Klik untuk gambar besar



"Saya sudah lali dikecam dan menjadi kebal dengan kritikan. Jika ada yang kecam maksudnya mereka bukanlah peminat sebenar kerana tidak tahu saya akan sentiasa bertudung sepanjang Ramadan. Apa lagi saya boleh buat jika kena kecam? Jadi biarkanlah," ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang aktiviti seni sepanjang bulan Ramadan ini, Haneesya tidak berpeluang untuk berehat panjang kerana sibuk dengan penggambaran. Haneesya bakal tampil dalam dua drama berjudul 'Tari Andi dan Normi Kemball'.

"Saya hanya sempat berehat seminggu awal Ramadan. Selepas itu kembali sibuk di lokasi penggambaran. Memang tahun ini meriah dengan bazar, tetapi saya masih belum berani untuk ke tempat yang ramai orang kerana bimbang terkena jangkitan C0V1D dan akan menyusahkan produksi," jelasnya.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: