27 April 2022

PEMINAT PUJI ALIFF AZIZ HALANG ISTERI MENARI BERGELEK



Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Bella Astillah ada memuat naik video di TikTok menari. Menerusi video itu, ia turut memaparkan suami Bella iaitu Aliff Aziz sempat menghalang isteri daripada terus bergelek depan orang ramai dengan menolaknya ke tepi sebelum menunjukkan isyarat tangan 'jangan'.


Tindakan Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji dan mengagumi penyanyi dan pelakon itu kerana menjaga batas isteri di media sosial dan mendoakan agar terus istiqamah dalam mendidik keluarga.

Terdahulu, nama Aliff Aziz sememangnya tidak pernah lekang dengan cerita kontroversi. Namun, penyanyi lagu 'Sayang Sayang' itu kini dilihat berubah ke arah lebih baik dan sering mengikuti tabligh untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: