25 April 2022

TUNAI UMRAH - SITI NURHALIZA HABISKAN HARI-HARI TERAKHIR RAMADAN DI MAKKAH



Dalam satu hantaran di media sosial, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memohon orang ramai dan peminat mendoakan kesejahteraan dan kelancaran ibadat umrahnya.


Difahamkan, Siti Nurhaliza akan menghabiskan hari-hari terakhir Ramadan tahun ini di Makkah selepas berangkat mengerjakan umrah bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa, semalam.

"Ya Allah, kepada-Mu aku memohon dan bertawakal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku. Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan.

Klik untuk gambar besar



"Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku dan nikmat-nikmat yang sudah Engkau berikan kepadaku serta pada mereka dalam hal dunia akhirat dan dunia. Hindarilah kami semua daripada segala keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia," tulis Siti di Instagram Story.

Siti dijangka kembali ke tanah air sebelum Aidilfitri minggu depan. Kali terakhir Siti menunaikan umrah adalah pada 2019 bersama suami, anak dan pengasuhnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: