16 May 2022

ADIRA KONGSI VIDEO SUAMI BERIADAH BERSAMA ANAK-ANAK - NETIZEN LUAH TERUJA



Selepas meninggalkan tanda tanya tentang status rumah tangganya, penyanyi Adira Suhaimi akhirnya memuat naik satu hantaran di akaun Instagram (IG) miliknya yang menunjukkan kehadiran suaminya, Datuk Red.


Dalam hantaran berkenaan, Adira memuat naik rakaman video yang menunjukkan Datuk Red sedang beriadah bersama anak-anaknya di luar kawasan rumah mereka.

"Sikit lagi nak roboh payung tuuu punn 🤣 ni kalaw mak dia pun join sekali confirm roboh moto tuu 🤣🤣🤣." - Kalaw mak dia pun join sekali confirm roboh moto tuu 🤣🤣🤣," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang akui sudah lama tidak melihat kehadiran Datuk Red di dalam mana-mana posting di IG miliknya sebelum ini. Malah ketika Syawal baru-baru ini, gambar Raya Adira hanya bersama anak-anak tanpa kehaditan suaminya.

"1st time nampak husband Adira." - "Baru nampak suami Adira." - "Kenapa Dato' Red nampak lain?," antara komen-komen netizen.

Penyanyi lagu 'Pujaan Hati' itu mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Adira merupakan isteri kedua dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: