05 May 2022

AKUI RAMAI WANITA DEKATINYA - ALONG CHAM BELUM JUMPA CALON ISTERI YANG PUNYAI SIFAT KEIBUAN



Pelawak Along Cham memberitahu dia masih belum berjumpa dengan wanita yang sesuai untuk dijadikan peneman hidup selepas enam tahun menjalani kehidupan sebagai duda anak satu.


Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, dia mahu bakal isterinya mempunyai ciri-ciri keibuan memandangkan anaknya, Ahmad Danial kini sudah berusia 11 tahun.

Pernah berkenalan dengan beberapa orang wanita namun pelawak berusia 39 tahun ini memberitahu ramai antara mereka yang berpura-pura sahaja.

"Saya ada berkenalan ramai wanita cuma ciri-ciri yang saya nak belum jumpa lagi. Benda pertama sekali, sudah tentu wanita itu perlu ada ciri-ciri keibuan. Sebab bila dah kahwin itu, dia tak boleh nak ambil masa untuk menjadi ibu. Sebab dah kahwin, memang dia dah kena jadi ibu. Anak saya pun dah umur 11 tahun.

Klik untuk gambar besar



"Selalunya saya kenal wanita, awal-awal ada nampak ciri keibuan itu. Tapi lama-lama macam dah hilang pula. Bagi saya, sifat keibuan tidak boleh dibuat-buat," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Dalam pada itu, Along berkata dia masih berpegang kepada pendirian yang ingin memberi yang terbaik buat anaknya: "Saya pegang dengan pendirian saya... masa saya lafazkan cerai di mahkamah, saya dah ikhlas kerana Allah. Saya cakap, macam mana jadi pada hidup saya pun Danial tetap amanah saya.

"Jadi, saya akan cuba berikan yang terbaik. Kalau nak beri dia ibu pun, saya beri yang terbaik untuk dia. Sebab dia dah enam tahun tak dapat cium ketiak seorang ibu. Sekurang-kurangnya kalau ada ibu baru ini, dia dapat beri kasih sayang yang secukupnya kepada anak saya," katanya.



Untuk makluman, Along mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Zila Seeron atau nama sebenarnya Nur Azila Seeron pada Januari 2020 namun berpisah pada Ogos 2016.

Hasil perkahwinan Along dengan Zila yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia musim keempat (AF4) itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ahmad Danial.

Hak penjagaan kekal Ahmad Danial diberikan kepada pelakon telefilem Hantu Kuat Ketawa itu dan Zila diberikan hak lawatan selama dua hari dalam sebulan.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: