05 May 2022

BILA ALIFF SYUKRI MAHU ADAKAN KONSERT: "SEMUA LAGU SAYA VIEW BERJUTA-JUTA, ITU TANDANYA SAYA BANYAK PEMINAT..."



Semua sedia maklum mengenai muzik video (MV) lagu raya usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri berjudul 'Kelepok Raya' itu dimana ia menerima kritikan teruk dan turut mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Jabatan Perdana Menteri khususnya Hal Ehwal Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Klik video tersebut memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut. MV raya berkenaan dikatakan bertentangan dengan budaya Melayu dan orang Islam, lebih-lebih lagi ia ditayangkan ketika di bulan Ramadan. Malah, ia juga kurang sesuai untuk tontonan masyarakat.

Meskipun begitu, Aliff Syukri menerusi laman Instagram telah memuat naik posting yang menjadi perhatian apabila memaklumkan bakal mengadakan konsert sebagai tanda penghargaan kepada peminat.

Aliff berkata semua lagunya mendapat jutaan tontonan dan itu menandakan dia mempunyai ramai peminat. Dalam pada itu, Aliff turut memberi bayangan harga tiket konsert yang akan dijual serta peminatnya berpeluang untuk beramah mesra dengannya.

Klik untuk gambar besar



"Nantikan konsert @aliffsyukriterlajaklaris. Disebabkan semua lagu saya view berjuta-juta. Itu tandanya saya banyak peminat itu anda tak boleh nafikan. Sebab tu saya rancang nak buat konsert dan cari sponsor.

"Harga tiket seorang paling murah RM150 paling mahal RM10,000 boleh duduk depan pentas dengan saya, menyanyi live dan bergambar dengan saya sambil dengar lagu #kelepokraya. Siapa nak beli tekat saya kena booking awal-awal takut sold out," tulisnya.

Seperti sudah dijangka perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila ada yang meninggalkan komen sindiran. Ibu Aliff termasuk rakan artis juga turut memberi komen berhubung hal tersebut.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: