04 May 2022

BAGI PASTI KELUARGANYA TERHINDAR C0V1D - AYDA JEBAT SARAN LAKUKAN UJIAN SARINGAN SEBELUM KUNJUNGI



"Setiap saudara-mara yang datang berkunjung ke rumah, kami minta mereka lakukan ujian saringan kendiri terlebih dahulu. Kemudian mereka perlu hantar keputusan dalam kumpulan WhatsApp dengan sertakan nama dan tarikh.


"Malah, saya pun kalau nak ke rumah mak, saya satu keluarga semua akan buat ujian saringan barulah kami akan berjumpa. Ini adalah perkara wajib yang kami tetapkan sempena Syawal tahun ini.

"Lantaklah apa orang nak cakap, tapi ini syarat yang saya dan Nabil tetapkan demi keselamatan semua," ujar penyanyi Ayda Jebat yang memaklumkan setiap ahli keluarga serta saudara-mara yang mengunjungi rumah mereka perlu melakukan ujian saringan kendiri C0V1D terlebih dahulu.

Klik untuk gambar besar



Kata Ayda, ujian saringan tersebut dilakukan bagi memastikan seluruh ahli keluarganya terhindar daripada wabak C0V1D sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Jelas Ayda, walaupun negara sudah menuju fasa endemik, tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut Ayda, biarpun teruja menyambut Syawal bersama puteri tercintanya, Ana Nayla buat kali pertama, namun persiapan raya mereka dilakukan secara sederhana.

"Baju raya kami tahun ini hanya satu pasang saja. Nayla pun satu pasang sebab dia tidak suka pakai baju kurung. Saya dan Nabil tak beria pun beli baju raya tahun ini sebab masih dalam suasana C0V1D. Nabil pun sangat berhati-hati untuk sambutan kali ini," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: