04 May 2022

TAK MAHU MENANGIS LAGI - PUTERI SARAH AKUI TENANG & BAHAGIA DI TANAH SUCI



Pelakon Puteri Sarah yang kini menunaikan umrah itu mengakui dirinya tenang dan bahagia ketika berada di Tanah Suci. Puteri Sarah berkata, dia enggan membiarkan isu orang ketiga membabitkan rumah tangga dibina bersama suaminya, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof mengganggu perjalanan umrah bersama dua anaknya, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.


Bagi Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, apa yang menjadi keutamaan adalah kebahagiaan diri dan masa depan kedua-dua anaknya.

"Saya tenang dan bahagia di sini. Alhamdulillah, sepanjang di Madinah saya dan anak-anak okay saja. Semalam saya bertolak ke Makkah dan sampai saja terus buat umrah. Allah susun cantik perjalanan saya dari Malaysia hingga ke sini.

"Saya tidak mahu fikir apa yang berlaku. Cukup empat tahun saya memendam rasa. Selepas apa saya kongsikan di Instagram sebelum ini, biar orang tahu apa yang saya tanggung selama ini. Orang pun sudah tahu menilai.

Klik untuk gambar besar



"Setiap kali selesai solat di sini, saya berdoa semoga apa yang berlaku ini membawa cahaya dan sinar baru pada saya apabila pulang ke tanah air nanti. Semoga individu yang menyakiti saya diberikan hidayah. Setiap kali itu juga saya mesti menangis," tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Ditanya adakah suami bertanya khabar dirinya dan anak-anak sepanjang berada di sana, Puteri Sarah selesa untuk tidak memberi komen. Mengenai hubungannya dengan suami, Puteri Sarah berserah pada ketentuan Allah SWT.

"Ketika di Madinah anak sulung, Syaikul demam. Saya ada kongsikan di Instagram. Saya terharu apabila mendapat banyak ucapan dan doa daripada peminat. Apa boleh dibuat, saya hanya mampu berdoa. Apa pengakhiran rumah tangga saya selepas ini pun, saya reda.

"Saya tidak mahu menangis lagi. Saya serahkan segalanya pada ketentuan Allah SWT. Doakan yang terbaik buat saya. Saya bertuah kerana mempunyai kedua ibu bapa mentua yang sangat baik," katanya.



Bercerita mengenai keadaan kedua anaknya ketika mengerjakan umrah, Puteri Sarah besyukur kerana mereka baik-baik saja: "Alhamdulillah syukur Syaikhul dan Sumayyah ikut sekali tawaf. Mereka tak 'complain' pun. Rasa nak menangis sebab dapat anak baik. Terima kasih Allah kerana hadirkan mereka untuk saya dan menjaga saya," katanya.

Puteri Sarah yang berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata itu memaklumkan, selepas selesai menunaikan umrah, dia akan bertolak ke Istanbul, Turki untuk bercuti.

Terdahulu, Puteri Sarah buka mulut berhubung gangguan orang ketiga hingga menyebabkannya tidak tinggal sebumbung dan hubungan dengan suami dingin, baru-baru ini.

Sejak 2019, Puteri Sarah sering menerima komen menyakitkan hati menerusi akaun palsu dalam laman sosial, dipercayai angkara wanita perosak rumah tangga yang mahu memecahbelahkan rumah tangganya.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: