04 May 2022

DIUJI IBU DITIDURKAN AKIBAT C0V1D - TASHA MANSHAHAR LUAH SYUKUR DAPAT SAMBUT AIDILFITRI BERSAMA



Penyanyi Tasha Manshahar, 30, yang pernah diuji sebelum ini apabila ibunya, Herina Wong Abdullah ditidurkan akibat C0V1D tahun lalu itu berasa bersyukur masih diberi kesempatan menyambut Aidilfitri terutama bersama ibunya itu. Lebih istimewa, Tasha dapat menggayakan baju raya hasil jahitan ibunya yang baginya paling bermakna.


"Sebelum raya baru ini kan, saya 'scroll' nak beli baju raya tapi asyik tak jadi beli. Kalau jumpa yang suka tiada saiz, ada saiz tapi warna pulak tak ikut tema. Rupanya Allah ada perancangan yang lebih baik. Ibu carikan kain dan jahitkan baju raya saya tahun ni. Masya-Allah seronok kan! Ringkas saja bajunya tapi saya menghitung hari nak pakai raya pertama."

"Rasa macam Ya Allah dapat ibu jahitkan baju. Nilai sentimental itu Allah saja tahu. Ternyata bahagia bulan Syawal ini langsung bukan pada nilai berapa banyak kita belanja, tapi lebih kepada kesempatan yang masih ada untuk 'celebrate' (raikan) sama-sama dan keluarga.

"'Hari raya terkejut' tahun ini juga membuatkan Tasha bersyukur kerana kebetulan dia sudah berada di rumah keluarga sehari sebelum Aidilfitri. Raya tiba-tiba ini banyak hikmah. Saya balik Semenyih untuk berbuka puasa dengan keluarga Ahad lalu tanpa tahu yang esoknya itu raya! Dengar saja pengumuman, terus bawa semua balik Melaka.

Klik untuk gambar besar



"Jadi, pagi raya dapat sambut dengan keluarga saya dan keluarga mentua sekali. Walaupun sederhana tapi meriah sangat! Ya Allah syukur alhamdulillah nikmat apa lagi yang nak didustakan," katanya.

Pada Mei tahun lalu, Tasha berkongsi berita keadaan ibu bapanya yang dijangkiti C0V1D. Ketika itu, keadaan ibunya paling membimbangkan kerana terpaksa ditidurkan.

Untuk makluman, Tasha yang kini sudah meninggalkan kerjaya nyanyian dan bertugas sebagai guru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Raqib Majid pada 8 September 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muammar Rafiqi yang kini berusia tiga tahun.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: