13 May 2022

BILA DATUK VIDA PULA DIPANGGIL KE SKMM BERHUBUNG ISU MV RAYA



"ESOK (Hari ini) SAYA AKAN DIPANGGIL KE SKMM ☹️," itulah tulis jutawan kosmetik Datuk Seri Vida apabila dia pula dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung video muzik (MV) raya yang mencetuskan kontroversi, selepas usahwan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.


Perkara itu dikongsikan oleh Vida menerusi laman Instagram miliknya dimana usahawan itu memaklumkan akan memberi keterangan bagi membantu siasatan selepas ada pihak membuat laporan tentang MV itu kepada pihak berkuasa.

"Saya tak tahulah nak cakap macam mana sebenarnya. Untuk MV lagu 'Muah Muah Raya' itu, saya sebenarnya tak adalah promo sangat setelah Datuk Aliff Syukri dah dipanggil oleh SKMM sebelum ini.

"Tapi, untuk pengetahuan, saya dah buat benda ini sebelum Aliff Syukri lagi. Tapi tetap kena panggil, maka saya kena pergilah ke sana untuk diambil keterangan berhubung lagu Muah Muah Raya itu.

Klik untuk gambar besar



"Saya ini pun memang tak sihat, sakit kepala bagai tapi saya akan turuti arahan. Saya cuma fikir, apa yang saya buat itu sebagai hiburan saja, bukan apa-apa. Tapi ada orang yang melaporkan," katanya.

Melihat pada perkongsian video tersebut, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman dilihat berjalan di sekitar kediamannya sebelum memeluk anak lelakinya, Kacak.

Terdahulu, MV raya Vida itu mencetuskan kontroversi apabila memaparkan kumpulan penari 'drag queen' sehingga ada yang mendakwa mencemarkan kesucian agama Islam.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: