13 May 2022

SELEPAS 4 HARI BERSALIN - SYATILLA ALAMI SAKIT KEPALA & TULANG BELAKANG HINGGA SUKAR SUSUKAN BAYI



"Hari keempat selepas pembedahan, tumpas lagi ke pangkuan hospital. Kena serangan spinal headache yang sangat teruk. Tidak boleh bangun dan susukan bayi," demikianlah kata pelakon Syatilla Melvin.


Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya itu memaklumkan dia kembali dimasukkan ke sebuah pusat perubatan kerana mengalami masalah sakit kepala dan tulang belakang, selepas empat hari melahirkan anak ketiga melalui kaedah pembedahan.

Menerusi ruangan komen, Syatilla yang selamat melahirkan bayi perempuan diberi nama Salama Samheizy pada Isnin lalu bersamaan 8 Syawal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur itu dilihat sempat berbalas gurauan dengan adiknya iaitu Syifa Melvin yang meragui kakaknya itu serik untuk kembali hamil.

"Bagilah ruang anak aku jadi cucu bongsu lama sikit," jawab Syatilla yang berkahwin dengan Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5; Sarima Samheizy, 2, dan Salama Samheizy.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: