12 May 2022

"YANG SALAH TETAP SALAH... MANUSIA INI TAK SEMPURNA" - FAREEZ FAUZI TETAP SOKONG AYAH



Pelakon Fareez Fauzi atau nama penuhnya Muhammad Fareez Hazwan Fauzi, 25, memgakui dia menyedari nama ayahnya, pelakon Fauzi Nawawi agak panas berikutan sering terbabit dengan isu kontroversi sebelum ini.


"Itu adalah ujian untuk keluarga kami. Bagi saya, yang salah tetap salah. Semoga kita semua mendoakan yang baik-baik untuk ayah saya. Perasaan malu tiada kerana nak buat macam mana ayah dah buat salah. Manusia ini tak sempurna. Yang penting saya kena sokong ayah.

"Dia sebenarnya seorang yang okey dan tak suka marah. Tapi kalau dia dah marah, memang betul-betul marah. Saya pula dulu kuat melawan. Tapi apabila bergelar ayah, saya lebih menghormati dia. Apa yang dilakukan adalah untuk mendidik kita," ujarnya yang dipetik sebagai kepada Harian Metro.

Menurutnya, pengorbanan ayahnya membesarkan dirinya perlu dihargai sepenuhnya: "Saya juga hargai nasihat ayah agar tabah berhadapan dengan liku-liku dunia seni. Kami pernah berlakon bersama dalam drama sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



"Saya turut dibimbing oleh ayah untuk mempunyai karakter tersendiri dalam lakonan. Dia jarang beri tunjuk ajar secara terus dan hanya beri bayangan atau rujukan lain untuk saya jadikan contoh," katanya.

Fareez yang berkahwin dengan Nurwathiqah Abdul Wahab pada Disember 2020 dan mempunyai cahaya mata, Muhammad Farrel Wassem, lima bulan itu berkata, dia mulanya menganggap menjadi bapa satu perkara mudah.

"Namun selepas ada anak sendiri, barulah saya akui ia perlukan kesabaran yang tinggi. Berbanding dulu, saya sekarang menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan apa sahaja tindakan perlu memikirkan mengenai keluarga. Ia tak sama lagi seperti zaman bujang yang mana saya selalu keluar melepak bersama rakan-rakan," tuturnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: