13 May 2022

"RIMAS BETUL TUTUP-TUTUP MUKA ANAK... TAK MAHU KONGSI SEBAB TAKUT KENA SANTAU" - KAK KM



"Saya rasa rimas dan tak faham kenapa nak muat naik gambar anak selepas bersalin tetapi tidak tunjukkan wajah sebenar. Ada pula yang sengaja tunjuk gambar kaki atau tangan bayi sahaja. Jika tempoh hamil boleh share perkembangan diri kenapa tidak selepas bersalin?


"Allah sudah kurniakan rezeki, tak salah untuk kongsikan kerana itu tanda kita gembira dan syukur dengan pemberian-Nya," ujar usahawan sensasi Kak KM yang meluahkan rasa rimas dengan tindakan segelintir selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin namun enggan mendedahkan wajah anak mereka.

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, bayi yang baru dilahirkan itu adalah satu anugerah Allah dan berkongsi wajah anak merupakan satu cara untuk menzahirkan rasa gembira dan syukur.

Sebelum ini, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini meluahkan rasa rimas pada salah satu posting di Instagram media apabila segelintir selebriti menutup wajah anak mereka daripada tatapan umum.

"Rimas betul tutup-tutup muka anak," tulisnya pada posting berita mengenai pelakon Mira Filzah.

Klik untuk gambar besar



Baginya, ibu bapa sepatutnya tidak perlu bimbang untuk berkongsi wajah anak kerana orang ramai juga boleh mendoakan kesejahteraan buat bayi yang baru lahir itu.

"Saya dah lihat ramai yang tidak mahu kongsi gambar anak sebab takut kena santau atau perbuatan jahat orang lain. Kenapa perlu ada perasaan sebegitu jika kita tidak buat salah? Apa yang penting adalah niat kita untuk berkongsi berita gembira. Jangan nak fikir perkara yang buruk sahaja," jelasnya.

Sebagai ibu kepada empat orang cahaya mata, Kak KM tidak ada masalah untuk memuat naik gambar anak-anaknya termasuk ketika mereka melakukan akviti harian.

Untuk makluman, Kak KM dan suaminya Razman Ramli dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nabila Razman, 19, Fariz Razman, 15, Rania Razman, 12 dan Cinta Carissa, lima bulan.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: