13 May 2022

EMMA MAEMBONG TAMPIL DENGAN SINGLET TERIMA TEGURAN



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Emma Maembong yang difahamkan kini berada di Seminyak, Bali, Indonesia itu telah memuat naik sepotong video berbentuk boomerang dimana dia menggayakan rambut baharunya yang didandan tocang.


Bagaimanapun, penampilan Emma yang hanya memakai singlet dengan seluar merah itu telah mengundang rasa kurang senang netizen yang tampil menegur tindakannya itu dimana ia dianggap terlalu seksi.

"Cantik... tapi suka lihat Emma yang dulu-dulu." - "Dah takda baju ke kak, pakai singlet je?" - "Suami dia tak reti nak tegur ke hmmmm." - "Semoga diberi hidayah untuk menutup aurat," antara komen-komen netizen.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan netizen yang menasihati Emma supaya mengambil iktibar daripada bencana C0V1D yang melanda dunia dua tahun lalu.

"Dari bertudung sampai jadi mcm ni... Allahhuakhbar!! Simpanlah aurat mu Emma, ambillah ikhtibar sikit dari C0V1D ni." - "Semoga mendapat hidayah secepat mungkin. Allah dah kurniakan anak yang comel dan bijak, tak reti nak bersyukur ke Emma? Allah maha baik Emma, kita manusia yg masih lalai," nasihat netizen.

Sebelum ini, Emma pernah dikritik selepas memuat naik gambar ketika bercuti di Dubai. Menerusi gambar-gambar berkenaan, netizen mengharapkan Emma bertudung seperti dahulu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: