12 May 2022

BILA NETIZEN KANTOIKAN AISAR KHALED BUAT CABARAN CARI DUIT RAYA RM1,000, TAPI SAUDARA SENDIRI JUMPA



"Aisar buat kerja tak clean. Mungkin Aisar nak bagi duit raya dekat cousin dia. Kita husnuzon okey geng! Dah kantoi saudara sendiri yang ambil. Baik sedekah dekat anak yatim dapat fadhilatnya." - "Kesian orang datang cari duit tu tak jumpa, rupanya dah bagi dekat saudara sendiri" ujar beberapa netizen.


Kata-kata netizen itu berhubung tindakan YouTuber Aisar Khaled yang membuat cabaran meminta orang ramai mencari duit raya bernilai RM1,000 yang diletakkan di sebuah lokasi tersembunyi, namun saudaranya sendiri yang berjaya mendapat duit raya tersebut.

Ternyata cabaran berkenaan hanyalah sebuah gimik. Oleh yang demikian ramai yang beranggapan, YouTuber tersebut sudah berpakat dengan saudaranya itu bagi menghasilkan 'content' terbabit.

Klik untuk gambar besar



Menerusi hasil penyiasatan sebuah akaun @tehais, Aisar pernah bergambar dengan individu yang dikenali sebagai Syakir itu pada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Pada Rabu, Aisar memuat naik video di TikTok yang menunjukkan duit raya bernilai RM1,000 diletakkan di kawasan tersorok di Terengganu dengan meminta orang ramai datang mengambilnya.

"Di tangan Aisar ada RM1,000. Aisar letak duit satu tempat. Awak jumpa tag Aisar tau, Aisar kongsi duit raya RM1,000 ni," ujarnya.



Kemudian seorang lelaki bernama Syakir mengucapkan terima kasih kerana sudah menjumpai duit tersebut dan mahu menggunakannya untuk menampung pengajian.

Sehingga kini video yang dimuat naik pada petang Rabu itu kini sudah mencecah 1.8 juta tontonan di TikTok miliknya.

Untuk makluman, Aisar sebelum ini pernah dikecam beberapa kali termasuk merakam video di kubur Allahyarham Siti Sarah tanpa mengambil kira sensitiviti ahli keluarga demi kandungan siaran YouTube miliknya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: