12 May 2022

PUTERI SARAH: "DUA PEGUAM DATANG KEPADA ANDA... PERSIAPKAN DIRI, MANA MAU LARI"



"Kena kacau dan buli siber teruk. Tiada siapa nak mempertahankan saya. Pergi membuat laporan polis. Kesian punya pasal, tidak meneruskan. Bapa dia meminta maaf bagi pihak dia. Dia pun diam. Akhirnya, kena kacau 'double triple' teruk. Tiada penghujungnya. Menyesal tak teruskan dahulu," katanya.


"Sekarang, dua peguam datang kepada anda. Persiapkan diri anda. Mana mahu lari. Perkara yang baik datang kepada mereka yang menunggu! Saya datang pada awak. Tunggu saya habis bercuti sekejap," itulah tulis pelakon Puteri Sarah Liyana menerusi memuat naik video di aplikasi TikTok.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga. Bagaimanapun, Puteri Sarah akhirnya mendapatkan khidmat undang-undangi menyelesaikan isu yang sudah berlarutan beberapa tahun.

Terbaru, Puteri Sarah memberitahu bapa kepada wanita tersebut ada memohon maaf kepadanya namun tetap diganggu lebih teruk lagi.

Klik untuk gambar besar



Puteri Sarah turut menitipkan pesanan kepada individu tersebut agar bersiap sedia kerana dua peguam akan datang kepadanya. Bagaimanapun, Puteri Sarah tidak menyebut nama ataupun mana-mana pihak dalam video berkenaan.

Terdahulu, kisah rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof kembali menjadi perhatian apabila dia mendedahkan rumah tangganya diganggu orang ketiga iaitu Ira Kaza yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar sejak tiga tahun lalu.

Untuk makluman, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.





















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: