12 May 2022

"SAYA TAK KAYA TAPI SAYA NAK TINGGALKAN SESUATU SEBELUM MENINGGAL" - NOORKHIRIAH BERHASRAT BINA SURAU DI STESEN MINYAK



"Tolong sesiapa yang tahu ya. Terfikir nak buat begini pasal saya ada penggambaran di satu lokasi. Nak menangis dik, majoriti tak ada surau di stesen minyak. Akhirnya dapat tetapi itupun berebut dengan adik (lelaki) pekerja Grab Food," demikianlah kata pelakon Noorkhiriah yang meluahkan hasrat untuk membina sebuah surau kecil di mana-mana stesen minyak yang tidak menyediakan kemudahan tersebut.


Noorkhiriah berkongsikan perkara itu berikutan sukar mencari surau ketika berada di sebuah lokasi penggambaran. Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Noorkhiriah berkata dia seperti mahu menangis kerana tidak berjaya mencari surau berdekatan untuk mendirikan solat namun tidak mendedahkan lokasi tersebut.

Tambahnya lagi, dia mahu meninggalkan 'sesuatu' sebelum menghembuskan nafas terakhir. Selain itu, Noorkhiriah turut meminta pengikutnya memaklumkan kepadanya jika mereka mengetahui mana-mana stesen minyak yang tidak memiliki kemudahan surau kerana dia mahu membina surau di sekitar kawasan Kuala Lumpur atau berdekatan dengan tempat tinggalnya.

Klik untuk gambar besar



"Setakat surau kecil akak mampulah, yang besar belum. Kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Saya tak kaya tapi saya nak tinggalkan sesuatu sebelum meninggal. Moga usaha kecil saya ini Allah permudahkan," luahnya.

Perkongsian pelakon itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang berkongsikan maklumat kepadanya. Malah, ada yang meluahkan hasrat utnuk menyalurkan dana untuk kemudahan tersebut.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: