12 May 2022

"KITA TIDAK BOLEH NAK TUTUP MULUT SEMUA ORANG" - HJ ZIL TERUJA RITA RUDAINI KEMBALI BERLAKON, BIMBANG ISU V@KS1N DIPERTIKAI



Pelakon Rita Rudaini nampaknya bakal kembali berlakon dalam sebuah karya terbitan Zeel Production, selepas hampir dua tahun tidak muncul dalam drama baharu gara-gara menolak v@ks1n.


Penerbitnya, Fadzil Teh atau mesra dipanggil Hj Zil meluahkan rasa teruja apabila Rita akhirnya setuju untuk terlibat dalam sebuah telemovie arahan Izuan Mokhtar itu yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.

"Saya dan Rita memang berkawan baik dan kami selalu berhubung. Apabila timbul idea untuk terbitkan drama ini saya mula bercakap dengan Rita dan dia tidak ada masalah untuk terima.

"Rita juga ada maklumkan kepada saya bahawa dia akan kembali aktif berlakon selepas ini namun akan memilih watak yang betul-betul mencabar kerana katanya biarlah tampil dengan lakonan yang gah jika mahu buat comeback.

"Memanglah kami sangat teruja dan gembira apabila Rita terima tawaran ini kerana kita semua tahu dia seorang pelakon yang berbakat dan rugi jika tiada karya baharu untuknya walau hanya watak kecil," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Hj Zil berkata, ada juga sedikit kebimbangan kemunculan Rita akan mendapat kritikan ramai memandangkan aktres tersebut sebelum ini cukup lantang memberi pendapat tentang isu v@ks1n dan mengaku tidak menerima sebarang suntikan.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak dapat menutup mulut mana-mana pihak untuk terus bercakap dan apa yang lebih penting adalah penglibatan Rita kali ini mendapat persetujuan stesen televisyen serta semua kru produksi.

"Sebelum menawarkan kepada Rita, saya dan pihak produksi sudah duduk berbincang dan mereka semua tidak ada masalah untuk bekerja dengan Rita. Malah pihak stesen tv juga bersetuju untuk penglibatan Rita dalam telemovie itu nanti.

"Saya tahu orang akan bercakap tentang isu v@ks1n dan kita tidak boleh nak tutup mulut semua orang. Kami sendiri akan berhati-hati agar tidak berlaku sebarang jangkitan C0V1D ketika penggambaran dijalankan," jelasnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: