12 May 2022

REDA POSITIF C0V1D - UMMI NAZEERA BERSYUKUR SUAMI & ANAK-ANAKNYA TIDAK DIJANGKITI



Pelakon Ummi Nazeera mengesahkan dirinya kini disahkan positif C0V1D selepas dua tahun pandemik melanda negara. Reda dijangkiti wabak berkenaan, Ummi tidak menolak kemungkinan dijangkiti selepas menghadiri acara rumah terbuka sempena Aidilfitri.


Ummi atau nama penuhnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin yang melakukan kuarantin kendiri memasuki hari ketujuh esok, bagaimanapun beransur pulih termasuk demam yang semakin surut.

Dalam masa sama, Ummi turut tidak menafikan suasana sambutan Syawal dengan majlis keramaian yang dihadiri memungkinkan virus C0V1D merebak.

"Saya tidak terkecuali teruja meraikan Aidilfitri selepas dua tahun tidak menyambutnya secara terbuka. Saya ada menghadiri jemputan rumah terbuka dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka. Namun, ketika menjamu selera, saya menanggalkannya," katanya.

Klik untuk gambar besar



Ibu kepada dua cahaya mata iaitu Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia itu ada berkongsi mengenai dirinya positif C0V1D di laman Instagram (IG) Story, kelmarin. Ummi yang berkahwin dengan Mohd Izzar Anwari Abdul Khami bersyukur hanya dirinya dijangkiti C0V1D.

"Suami dan dua anak tidak dijangkiti. Semuanya bermula selepas kepala rasa berpusing-pusing. Saya juga alami simptom lain seperti demam, sakit tekak, kepala, telinga dan badan selain batuk," tuturnya.

Dalam perkembangan sama, pelakon filem 'Bisik Pada Langit' ini bimbang membaca laporan mengenai kes jangkitan C0V1D harian yang masih tinggi.

"Ramai orang seronok beraya selain berlakunya pergerakan besar-besaran rakyat menyambut Aidilfitri di seluruh negara," ujarnya yang mendoakan keadaan segera pulih.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: