24 May 2022

BILA SHUK BUAT KEJUTAN JUMPA ANAK-ANAK DI SABAH SELEPAS LEBIH SEBULAN TAK BERTEMU



"Sebenarnya dari awal puasa lalu anak saya Ain dan Aimi ke Sabah dan beraya di sana. Lebih sebulan juga saya dah tak berjumpa mereka. Saya sangat rindukan mereka. Jadi pagi ini (semalam) saya bangun, tanpa sebarang perancangan saya terus gerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).


"Saya beli tiket ke Sandakan, saya nak buat kejutan untuk Ain dan Aimi," itulah kata pelawak dan pengacara Shuk Sahar menerusi perkongsian video di laman Instagram miliknya semalam.

Dalam muat naik tersebut, Shuk memberitahu bahawa dia sudah sebulan lebih tidak berjumpa dengan anak-anak, selepas isterinya iaitu Rossa Sera membawa dua anaknya balik ke Sabah dan menyambut raya di sana dan tidak beraya bersama bekas suaminya itu.

Terlalu rindukan kedua anak-anaknya, Shuk berkata dia mengambil keputusan untuk membeli tiket ke Sabah awal pagi semalam tanpa sebarang perancangan.

"Hanya rindu, Alhamdulillah sempat rasa raya sekali. Maaf nak ayah lambat beraya ngan Ain dan Aimy... Tq @kingkrek teman ke Sabah. Baru ku sedari its all about family..," tulis Shuk.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada video yang dikongsikan, kelihatan kedua anaknya berlari menuju ke arah Shuk sebaik sahaja melihat bapa mereka.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut. Kata netizen, kasih sayang ayah dan anak-anak hingga ke akhir hayat.

Dalam pada itu, ada yang memberikan komen sindiran mengatakan jika sayangkan anak sebagai bapa tidak akan melakukan perkara yang melukakan hati mereka.

Terdahulu, Serra mengakui ada ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Jalan Duta, namun merahsiakan tujuannya ke sana. Sejak tahun lalu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Shuk apabila isterinya, Rossa Sera sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: