24 May 2022

NETIZEN KECAM ISTERI HAQIEM RUSLI PAKAI BAJU KETAT MELEKAP DI BADAN



Semua sedia mengetahui, ketika ini penyanyi dan komposer terkenal Haqiem Rusli dan isterinya, Wan Anis Sofea sedang berbulan madu di Turki selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.


Sekitar percutian pasangan ini telah dikongsikan menerusi Instagram masing-masing. Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan pakaian yang dipakai oleh isteri Haqiem yang dikatakan agak ketat dan seksi sehingga melekap di badan.

Dalam gambar tersebut, Anis Sofea memakai pakaian serba hitam yang ditutup dengan jaket berwarna coklat. Meskipun sudah memakai jaket namun jaket berkenaan tidak dizip sepenuhnya dan menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.

Dalam pada itu, ada yang memberikan teguran supaya isteri penyanyi lagu 'Tergantung Sepi' itu melabuhkan tudung serta tidak menampakkan bahagian dada.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: