24 May 2022

SAKINAH TAYANG BADAN - NETIZEN TAMPIL TEGUR: "THE BODY YOU ARE DISPLAYING WILL BURN IN HELL"



Pelakon Sharifah Sakinah sering kali menerima kecaman dan teguran daripada netizen berhubung dirinya berpakaian terlalu seksi. Meskipun teguran serta kecaman diberikan namun ianya tidak diendahkan dan Sakinah tetap tenang menjalani kehidupannya seperti biasa.


Nampaknya baru-baru ini nama Sakinah sekali lagi menjadi bualan ramai apabila pelakon itu ada memuat naik video memaparkan susuk tubuhnya. Biarpun perkongsiannya itu mahu memberi mesej positif kepada ramai agar menjaga tubuh badan, namun menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Melihat pada video tersebut, Sakinah menunjukkan posing yang dikatakan agak seksi. Seperti sudah dijangka, posting berkenaan dipersoalkan dan ramai yang mengkritik cara pemakaian Sakinah itu. Malah, ada yang menegurnya supaya menutup sedikit meskipun tidak menutup aurat dengan sempurna.

Tidak kurang juga, ada yang meninggalkan komen pedas mengatakan tubuh yang ditayang dan dibanggakan itu akan dibakar di dalam neraka. Tidak melatah dengan komen netizen itu, Sakinah dilihat membalasnya dengan emoji love. Apa pun kita doa yang baik-baik sahaja.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: