14 May 2022

DIKECAM GUNA SLOGAN 'KELUARGA MALAYSIA' - DR AMALINA MINTA MAAF: "KENAPA SEMUA BENDA NAK DIPOLITIKKAN?"



Semua sedia mengetahui mengenai Dr Amalina Che Bakri dimana dia merupakan seorang doktor daripada Malaysia yang kini menetap di London, United Kingdom.


Baru-baru ini, beliau telah hadir ke rumah terbuka yang diadakan di London oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri dan ianya menjadi tular di media sosial Twitter.

Di dalam video berkenaan, Dr Amalina menyatakan bahawa dia berasa gembira dapat menyambut raya dengan 'Keluarga Malaysia' bersama-sama dengan Perdana Menteri.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen, ucapan 'Keluarga Malaysia' Dr Amalina dimana ia dianggap mempromosikan konsep tersebut.

Klik untuk gambar besar



Rata-rata netizen di Twitter mengecam ucapan Dr Amalina itu yang dianggap berbaur politik dan menyatakan bahawa beliau tidak tahu tentang keadaan semasa yang sedang berlaku di Malaysia.

Sebelum ini konsep 'Keluarga Malaysia' telah dikecam oleh ramai rakyat Malaysia kerana konsep itu dianggap sebagai propaganda yang telah digunakan atas dasar politik.

Oleh kerana perkara itu menjadi tular, Dr Amalina meminta maaf kepada sesetengah orang yang 'terasa' dengan ucapan berikut dan berharap agar rakyat Malaysia tidak mempolitikkan segala perkara yang keluar daripada mulut beliau.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: