20 May 2022

ELFIRA LOY SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA, PEREMPUAN



Tahniah diucapkan kepada pelakon Elfira Loy atas kelahiran anak kedua yang selamat dilahirkan hari ini. Berita gembira tersebut dikongsikan Elfira menerusi Insta Stories miliknya sebentar tadi.


"Alhamdulillah syukur... Friday 20 Mei 2022," tulisnya.

Sebelum ini, Elfira memohon doa daripada pengikutnya agar dipermudahkan urusan bersalinnya, selain meminta maaf jika ada kesalahan.

Klik untuk gambar besar



"Saya tak tahu doa siapa yang Allah akan makbulkan untuk El. Jadi El minta doa pada semua supaya dipermudahkan proses bersalin untul El. Semoga baby keluar pun dalam smooth dan sihat. Maafkan El jika El ada buat salah.

"Sebak baca doa-doa yang dikirimkan. Still in the labor room now, a bit restless but InshaAllah dipermudahkan semuanya. Atas izin Allah SWT," tuturnya.

Untuk makluman, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan sebelum ini telah pun dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: